RANBAXY MALAYSIA SDN BHD, hari ini merupakan salah satu syarikat farmaseutikal terkemuka di Malaysia, disenaraikan antara 10 syarikat generik berjenama terbaik di negara ini. Sepanjang empat dekad yang lalu, kami telah berkhidmat kepada komuniti penjagaan kesihatan dengan menyediakan ubat-ubatan berkualiti tinggi.
Sejak penggabungan Sun Pharma dengan Ranbaxy pada 2015, kekuatan sumber global kami telah membolehkan kami tampil lebih kukuh dari segi portfolio produk, keupayaan R&D dan jangkauan pemasaran kami.
Dengan tumpuan kepada terapi seperti Kardiologi, Diabetologi dan Anti-infeksi, kami menawarkan lebih 151 produk termasuk di kedua buah negara Malaysia dan Singapore, dan kami terus berusaha untuk mengembangkan kepelbagaian produk kami untuk memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berubah.
Kemampuan kami untuk menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan lagi oleh kilang pembuatan kami yang canggih. Kilang yang terletak di Sungai Petani, Kedah menghasilkan lebih satu bilion dos ubat setiap tahun untuk pelbagai pasaran di rantau ini, termasuk Singapore, Filifina dan Myanmar. Kilang yang telah Beroperasi sejak tahun 1987, telah di reka dengan tahap automasi yang tinggi, dan mematuhi piawaian antarabangsa dengan reka bentuk, peralatan dan operasi yang bertaraf dunia – dan diperakui memiliki Amalan Pengilangan Baik yang mematuhi piawaian PIC/s.
Penekanan yang kami berikan terhadap kualiti mendapat kepercayaan dan diiktiraf oleh rakyat Malaysia. Kami telah menerima anugerah termasuk Syarikat Farmaseutikal Malaysia Terbaik oleh Frost & Sullivan, dan Anugerah Syarikat Farmaseutikal 10 Terbaik.
Nilai teras, iaitu kebolehpercayaan, kualiti, inovasi, keyakinan dan konsistensi menjadi pemacu utama kami. Nilai-nilai ini menjadi inspirasi kepada kami untuk memastikan visi “Mencapai individu dan memberi impak positif kepada kehidupan secara global sebagai pengeluar utama ubat-ubatan yang bernilai” dapat dicapai.








Contact
Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd (89186-K)
(A Sun Pharma Company)
21-13, Level 21, Menara Q Sentral, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
Tel No: +603-2276 3452/3/4 (Pharmacovigilance/ADR/Medical Inquiry)
Email : [email protected]